3 Cara Menghasilkan Ebook PDF

Ebook boleh di dapati di dalam pelbagai format. Format ebook yang paling popular ialah PDF (portable document format). Ia begitu meluas digunakan kerana ia boleh di aplikasikan dalam pelbagai platform operasi, sama ada windows, linux mahupun macintosh.
Sesiapa saja boleh buat ebook. Budak 10 tahun pun boleh buat punya. Kosnya amat very the cheap dan menjual ebook di Internet so so sangat menguntungkan maaa.

Guna 3 cara saja sudah cukup untuk buat ebook ke format PDF.

1. Guna doPDF
doPDF adalah merupaskan sebuah perisian kecil yang akan menukarkan apa sahaja dokumen anda kepada format PDF dengan menggunakan arahan “Print”. Ianya adalah merupakan sebuah perisian PERCUMA. Anda boleh mendownloadnya di www.dopdf.com
Kelebihannya :
  • Ianya Percuma
  • Sebuah software yang ringkas, mudah digunakan dan ringan (tidak memerlukan penggunaan sumber computer yang tinggi).
Kekurangan:
  • Tidak boleh membuat password pada fail PDF yang dihasilkan
  • Link-link di dalam pdf hanya berfungsi pada perkataan berformat URL.

2. Guna Open Office Writer
OpenOffice adalah merupakan sebuah perisian aplikasi pejabat (sama seperi Microsoft office). Ianya telah dibangunkan oleh pihak Sun Microsystems. Apa yang menarik, perisian ini diedarkan secara PERCUMA. Anda boleh mendownloadnya dari website mereka di www.openoffice.org
Kelebihan :
  • Ia free percuma
  • Boleh letak password.
Kekurangan:
  • Sebuah software yang agak berat (memerlukan penggunaan sumber computer yang agak tinggi).
  • Bagi anda yang sudah terbiasa menggunakan MS Word, anda akan merasakan perisian ini agak sukar digunakan, ianya seperti anda menggunakan MS word versi yang “lama”.
3. Guna eWriter Pro
eWriter Pro, sememangnya sebuah software yang direka khas untuk penulis-penulis ebook. Apa yang menarik tentang software ini, ia turut dilengkapi “Reminder”, yang mampu bertindak sebagai organizer untuk anda merancang penulisan ebook anda.
Antara mukanya seperti perisian MS Word, tetapi, ianya lebih ringkas dan cirri-ciri utama untuk menghasilkan sesebuah ebook seperti bold, paragraph, footer dan sebagainya boleh diakses dengan mudah sekali.
Kelebihan :
  • Sebuah software yang ringkas, dan mudah digunakan
  • Boleh membuat password pada fail PDF yang dihasilkan
  • Mempunyai ciri reminder yang dapat membantu penulis membuat perancangan
  • Sangat mesra pengguna, anda pasti dapat merasakan betapa mudah untuk menggunakannya walaupun pada pertama kali.
Kekurangan:
  • Kena bayar untuk gunakanya ( kalau nak free? he he just ask me..)

0 comments:

Post a Comment

Buat Duit Dengan Forex