Produk apa nak jual ha, Apa yg hot la ni?

Untuk mendapat gambaran awal :

Pertama layari laman Amazon.com
Amazon.com adalah gedung jualan terbesar di internet. Di sini ada bermacam-macam produk yg anda boleh dapati. Lihat produk apa yg laris di jual dan topik yg hangat di beli oleh pengguna.

Kedua layari Magazines.com
Apabila anda sudah mengenali beberapa bidang khusus (niche market) yg sesuai kunjung web ini untuk meninjau pasaran majalah apa yang mendapat sambutan. Majalah yg mempunyai terbitan setiap bulan pasti mendapat sambutan maka pilih la niche ini.

Ketiga layari laman Forum
Cari forum dalam topik produk pilihan anda dan lihat topik perbincangan samada banyak masalah dibangkitkan. Jika ada bagus sebab produk anda ada pasaran yg khusus kerana dapat menyelesaikan masalah pengguna.

Keempat buat kajian Kata Kunci produk anda( katakan mencari kata kunci 'ubat jerawat berkesan ') di Pencari Engine (google,Yahoo dsbnya)
Ini bertujuan untuk melihat adakah ramai yg mencari kata kunci ini, Jika pencarian ini banyak seperti beberapa ribu sebulan maka Allright....GO FOR IT! Anda boleh jual ubat jerawat anda pada remaja-remaja di luar sana tu supaya kelihatan licin seperti putih telur.

0 comments:

Post a Comment

Buat Duit Dengan Forex