Cipta ebook sendiri dan jual di Internet

Kaedah ini merupakan sumber paling senang menjana wang pantas di Internet.
Seperti model-model bisnes internet yg lain, sebelum membuat keputusan membuat ebook, perancangan dan kajian perlu di lakukan bagi memastikan yg topik niche yg hendak di terbitkan mendapat pasaran supaya ia tidak nampak sekadar menambah produk2 yg sedia ada. Sebaik-baiknya biarlah ebook anda unik supaya ia berbeza dari pesaing anda, dgn isi kandungan penuh bermaklumat dan memberi cara penyelesaian yg mudah.

Apa itu ebook? ia adalah buku versi elektronik ( elektronic book) yg boleh di muatturun melalui internet dan di baca di komputer.

Proses membuat ebook tidak sesusah mana. Banyak program software yg boleh anda gunakan untuk membuat ebook.

Kenapa ebook.?
Sebab memang naluri manusia sentiasa inginkan maklumat untuk belajar memperbaiki diri tak kira apa bidang sekalipun. Manusia sentiasa inginkan untuk hidup bahagia, sihat, mempunyai kewangan yg kukuh, ingin rumah besar, memiliki kereta idaman, pasangan bahagia, nak buat duit di internet supaya tak payah kerja teruk2, macamana nak buat roti canai, nak trade forex, nak jimat minyak kereta dan macam2 maklumat lagi yang orang ramai sanggup membayar untuk mendapatkan maklumat2 ini.

Faktor lain :
  • Mudah - menaip saja
  • Murah - guna program software - tukar ke format PDF( free ada dan bayar pun ada)
  • Cepat - proses penghantaran - muatturun serta merta dan pada bila-bila masa walaupun pukul 3 pagi.
  • Promosi pemasaran senang - emel, iklan, forum, viral - tell a friend, dll
  • Kemudahan sistem order / bayaran yg mudah - kad kredit, internet banking
  • Tiada simpanan stok dan perlu cetakan

0 comments:

Post a Comment

Buat Duit Dengan Forex