Internet Lubuk Duit - Affiliate



Ok kita mulakan dengan bab yg paling mudah buat duit di Internet - Affiliate
Mudah di sini maksudnya kita tak payah nak pening2 kepala nak fikir buat bisnes apa ke, nak keluar modal ke, nak beli domain ke, sewa hosting ke, nak buat website dan apa-apa jelah.
Anda hanya perlu menjadi rakan kongsi si pengusaha internet dengan menyertai program affiliate mereka.
Apa menatang affiliate tu? Ia lebih kurang rakan kongsi niaga atau sebagai orang tengah menghubungkan pembeli dan penjual. Kita hanya tolong rekomen jual produk pemilik ke pengguna dan dapat upah komisen kalau laku. Itu je. Tapi di sini kita rekomen guna internet . Ha itu je bezanya. Pendek kata semuanya internet lah. Ini di katakan pemasaran affiliate.
Terdapat ramai usahawan2 internet yang bermurah hati nak offer komisen duit kopi kepada anda dengan syarat tolong promosi jualkan produk mereka la. Jika ada jualan melalui rekomen anda , dapatlah anda komisen.
Yang seronoknya kita tak perlu keluar duit se sen pun. Semuanya tokey yg buat
segalanya dari pembangunan website , penyediaaan produk, menanggung kos menyewa hosting untuk menyimpan fail-fail websitenya, penghantaran produk ,khidmat pelanggan dan sebagainya. Anda cuma guna jarije. Tapi yg tak bestnya , kita untung kecik je... tokei juga yg kaya, mana tidak nya kalau dah ramai jadi rakan affiliate dia banyak la income dia. Itu la hebatnya jadi tokei bisnes di Internet, kita boleh rekrut banyak kuli. Buat permulaan kita jadi kuli le dulu, newbie le katakan nanti dah expert kita la plak jadi boss.. dak gitu.

Sekarang anda dah nampak idea macamana nak buat duit dengan jadi rakan affiliate.

Apa anda perlu lakukan sekarang , join program2 affiliate yang banyak di pasaran : nak tempatan pun ada global pun ada.

Pergi ke web berkenaan( katakan local punya biz spt http://onlyinmalaysiamah.com), buat pendaftaran dan isikan apa-apa maklumat yg patut kemudian pilih username ID( katakan ace62) dimana nanti pautan link URL replika laman web percuma dgn username ID akan di beri spt -->http://onlyinmalaysiamah.com/?ref=ace62

Selalunya alamat link affiliate ni panjang bebeno nampak tak pro , so kalau nak pendekkan link ini dan juga nak cover apa program affilate kita, anda boleh pergi ke web tinyurl.com dan ikut arahan pada web tersebut dan transformasikan alamat link affiliate yg tak pro itu seperti

http://tinyurl.com/yrw2pr

So the next step, langkah seterusnya ialah promosi, promosi, promosi dan promosi link url itu.

Apa... nak promosi di mana? Kita berehat dulu . Penatlah ... sambung esok je lah . ngantuk ni. OK


0 comments:

Post a Comment

Buat Duit Dengan Forex