Showing posts with label Menjual Buku Anda Sendiri Di Bawah 100% Resell Rights. Show all posts
Showing posts with label Menjual Buku Anda Sendiri Di Bawah 100% Resell Rights. Show all posts

Pastikan ebook anda ...

  • mempunyai tajuk yang ada faktor WOW yg boleh menarik perhatian pembaca
  • mempunyai isi kandungan berkualiti / maklumat yg tip-top berkualiti.
  • ada kemudahan program viral (PDFViral).
  • menawarkan bonus nilai tinggi - spt hak jualan semula
  • ditawarkan dalam masa terhad (kalau tidak harga akan naik ke atau apa2 la)
  • di promosi melalui web eksklusif khas bagi tujuan menjual.
  • mempunyai grafik yang cukup ummmph... mengancam lawanya pada cover ebook anda supaya kelihatan pro

4 sebab membeli ebook yang ada hak jualan semula(resell rights)

Sebab pertama : Anda dapat hak menjualnya semula dan mendapat kentungan 100 peratus
walaupun ianya bukan hasil ciptaan anda

Sebab kedua : Dengan memilik hak jualan semula , anda boleh tawarkanya sebagai ebook bonus kepada pembeli anda juga boleh memberi link percuma ke eBay store anda atau ke laman web anda jika ada.

Sebab ketiga : Sesetengan hak jualan dibenarkan untuk di brandedkan dengan jenama anda sendiri dimana anda boleh meletakkan affiliate link anda bagi mendapat komisen jualan ebook tersebut.

Sebab ke empat : Anda boleh membina dan mengumpul senarai nama dan emel pelanggan. Anda biasa dengar ungkapan “the money is in the list” - ya memang ianya benar .

3 Cara Menghasilkan Ebook PDF

Ebook boleh di dapati di dalam pelbagai format. Format ebook yang paling popular ialah PDF (portable document format). Ia begitu meluas digunakan kerana ia boleh di aplikasikan dalam pelbagai platform operasi, sama ada windows, linux mahupun macintosh.
Sesiapa saja boleh buat ebook. Budak 10 tahun pun boleh buat punya. Kosnya amat very the cheap dan menjual ebook di Internet so so sangat menguntungkan maaa.

Guna 3 cara saja sudah cukup untuk buat ebook ke format PDF.

1. Guna doPDF
doPDF adalah merupaskan sebuah perisian kecil yang akan menukarkan apa sahaja dokumen anda kepada format PDF dengan menggunakan arahan “Print”. Ianya adalah merupakan sebuah perisian PERCUMA. Anda boleh mendownloadnya di www.dopdf.com
Kelebihannya :
  • Ianya Percuma
  • Sebuah software yang ringkas, mudah digunakan dan ringan (tidak memerlukan penggunaan sumber computer yang tinggi).
Kekurangan:
  • Tidak boleh membuat password pada fail PDF yang dihasilkan
  • Link-link di dalam pdf hanya berfungsi pada perkataan berformat URL.

2. Guna Open Office Writer
OpenOffice adalah merupakan sebuah perisian aplikasi pejabat (sama seperi Microsoft office). Ianya telah dibangunkan oleh pihak Sun Microsystems. Apa yang menarik, perisian ini diedarkan secara PERCUMA. Anda boleh mendownloadnya dari website mereka di www.openoffice.org
Kelebihan :
  • Ia free percuma
  • Boleh letak password.
Kekurangan:
  • Sebuah software yang agak berat (memerlukan penggunaan sumber computer yang agak tinggi).
  • Bagi anda yang sudah terbiasa menggunakan MS Word, anda akan merasakan perisian ini agak sukar digunakan, ianya seperti anda menggunakan MS word versi yang “lama”.
3. Guna eWriter Pro
eWriter Pro, sememangnya sebuah software yang direka khas untuk penulis-penulis ebook. Apa yang menarik tentang software ini, ia turut dilengkapi “Reminder”, yang mampu bertindak sebagai organizer untuk anda merancang penulisan ebook anda.
Antara mukanya seperti perisian MS Word, tetapi, ianya lebih ringkas dan cirri-ciri utama untuk menghasilkan sesebuah ebook seperti bold, paragraph, footer dan sebagainya boleh diakses dengan mudah sekali.
Kelebihan :
  • Sebuah software yang ringkas, dan mudah digunakan
  • Boleh membuat password pada fail PDF yang dihasilkan
  • Mempunyai ciri reminder yang dapat membantu penulis membuat perancangan
  • Sangat mesra pengguna, anda pasti dapat merasakan betapa mudah untuk menggunakannya walaupun pada pertama kali.
Kekurangan:
  • Kena bayar untuk gunakanya ( kalau nak free? he he just ask me..)

20 Soalan untuk di tanya sebelum membuat ebook

  1. Apa nama tajuk ebook yang hendak di terbitkan dan adakah mempunyai terjemahan?
  2. Adakah pengarangnya anda seorang atau ada rakan kongsi?
  3. Adakah ebook ini akan diterbitkan dalam versi cetakan?
  4. Berapa mukasurat ebook anda?
  5. Adakah ebook anda akan mengandungi grafik, gambar atau charta?
  6. Adakah ebook anda akan disertakan apendik dan indek?
  7. Adakah anda ingin mendapatkan sumbangan artikle pengarang lain untuk di muatkan ke dalam ebook anda?
  8. Apakah bentuk format ebook yg disediakan ; text, pdf, exe, html, dll.?
  9. Adakah tujuan ebook ini dijual sebagai produk atau sebagai tool pemasaran?
  10. Siapakah sasaran utama produk ebook anda?
  11. Apakah benefit utama kepada pembaca?
  12. Adakah anda menawarkan sebarang jaminan dan testimoni ?
  13. Adakah biography tentang diri anda dimasukkan dalam ebook anda?
  14. Apa maklumat peribadi yang hendak dikongsikan?
  15. Apakah warna dan desain grafik untuk membuat ebook cover anda?
  16. Adakah anda memberi preview percuma sebahagian bab ebook anda pada pelanggan?
  17. Adakah anda akan menerbitkan versi informasi ebook anda dalam bentuk video, audio, teleclass dsbnya.
  18. Apakah bentuk sistem bayaran yang anda terima untuk pelanggan membeli ebook anda ?
  19. Adakah anda membenarkan promotional ebook anda diedar secara percuma oleh pelangan anda?
  20. Adakah anda memberi hak rights menjual semula ebook anda?

Cipta ebook sendiri dan jual di Internet

Kaedah ini merupakan sumber paling senang menjana wang pantas di Internet.
Seperti model-model bisnes internet yg lain, sebelum membuat keputusan membuat ebook, perancangan dan kajian perlu di lakukan bagi memastikan yg topik niche yg hendak di terbitkan mendapat pasaran supaya ia tidak nampak sekadar menambah produk2 yg sedia ada. Sebaik-baiknya biarlah ebook anda unik supaya ia berbeza dari pesaing anda, dgn isi kandungan penuh bermaklumat dan memberi cara penyelesaian yg mudah.

Apa itu ebook? ia adalah buku versi elektronik ( elektronic book) yg boleh di muatturun melalui internet dan di baca di komputer.

Proses membuat ebook tidak sesusah mana. Banyak program software yg boleh anda gunakan untuk membuat ebook.

Kenapa ebook.?
Sebab memang naluri manusia sentiasa inginkan maklumat untuk belajar memperbaiki diri tak kira apa bidang sekalipun. Manusia sentiasa inginkan untuk hidup bahagia, sihat, mempunyai kewangan yg kukuh, ingin rumah besar, memiliki kereta idaman, pasangan bahagia, nak buat duit di internet supaya tak payah kerja teruk2, macamana nak buat roti canai, nak trade forex, nak jimat minyak kereta dan macam2 maklumat lagi yang orang ramai sanggup membayar untuk mendapatkan maklumat2 ini.

Faktor lain :
  • Mudah - menaip saja
  • Murah - guna program software - tukar ke format PDF( free ada dan bayar pun ada)
  • Cepat - proses penghantaran - muatturun serta merta dan pada bila-bila masa walaupun pukul 3 pagi.
  • Promosi pemasaran senang - emel, iklan, forum, viral - tell a friend, dll
  • Kemudahan sistem order / bayaran yg mudah - kad kredit, internet banking
  • Tiada simpanan stok dan perlu cetakan

Buat Duit Dengan Forex